Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Kota Bharu, 7 Jan 2024- YABrs. Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Haji Nik Mohd Hasanuddin bin Nik Hussain mengadakan lawatan kerja ke Maahad Muhammadi Perempuan untuk meninjau lebih dekat perkembangan pendidikan dan mengadakan perbincangan dengan pentadbir sekolah.

Dalam lawatan kerja berkenaan, Pengarah YIK dibawa melawat asrama pelajar bangunan kayu yang pernah mendapat perhatian warganet tahun lepas kerana kurang kemudahan berbanding dengan asrama yang lain.

Selain itu beliau turut meninjau tapak cadangan pembinaan dewan terbuka untuk kemudahan aktiviti pelajar yang boleh menampun pelajar sehingga 1000 orang.

Dalam ucapannya YABrs Pengarah berharap agar pihak sekolah dapat memberi perhatian kepada keceriaan dan kekemasan untuk memberi keselesaan kepada pelajar khususnya penghuni asrama.

Pihak sekolah juga perlu sentiasa meningkatkan usaha dalam pencapaian akademik pelajar agar lebih cemerlang dengan persaingan sengit dari Maahad Sains Tok Guru Pengkalan Chepa dan juga Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu.

Kerjasama dan penglibatan semua guru dalam menjayakan agenda sekolah merupakan penanda aras terpenting untuk memacu kecemerlangan sekolah pada masa akan datang.

Kunjungan pertama pada tahun 2024 ini turut disertai oleh timbalan-timbalan pengarah, penolong-penolong pengarah dan pegawai-pegawai Yayasan Islam Kelantan.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 05 Mei 2024.
© Yayasan Islam Kelantan 2024

Search

KELGOV PPST
Penerbitan YIK
Arkib

Dasar Privasi