Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Kompleks Pentadbiran YIK: 26 Mac 2024 - Pencapaian pelajar dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan meningkat 4.55% kepada 54.55% 2023 berbanding 50.00% pada tahun 2022. Peningkatan ini sejajar dengan usaha berterusan semua pihak termasuk sekolah, PIBG dan pihak Yayasan Islam Kelantan sendiri yang sentiasa peka keperluan pelajar termasuk menyediakan seminar, kursus dan latihan-latihan secara berkala.

Sekolah terbaik mengikut Gred Purata Sekolah kategori Maahad Kawalan adalah Maahad Muhammadi Lelaki 2.07 (93.33%), Maahad Muhammadi Perempuan 3.09 (75.56%) dan Kolej Tahfiz Nurul Aman Kok Lanas 3.15 (69.23%). Manakala kategori Maahad pilihan mendahului pencapaian adalah Maahad Muhammadi Tumpat dengan GPS 3.39 (63.16%), diikuti Maahad Saniah Pasir Puteh 3.63 (65.31%) dan Maahad ar Rahmah Kenali 3.77 (57.69%). Kategori Maahad Kerajaan pula, Pusat Pengajian Pondok dengan pencapaian GPS 3.54 (69.23%), Maahad Syamsul Maarif (P) 3.65 (62.50%) dan Maahad Taqaddum Maarif Pasir Tumbuh 3.86 (57.14%). Bagi Kategori Sekolah Bantuan, mendahului pencapaian SMU(A) Meheliah Geting dengan GPS 3.80 (60.00%), SMU(A) Azhariah Melor 4.05 (42.11%), dan SMU(A) Ismailiah Binjai Manis 4.45 (27.27%).

Pada tahun 2023 seramai 891 calon menduduk peperiksaan ini, dengan 3 calon mendapat Mumtaz semua mata pelajaran, 28 mendapat pangkat Mumtaz (cemerlang), 117 Jayyid Jiddan (amat baik), 270 Jayyid (baik) dan 71 mendapat pangkat Maqbul (lulus).

3 pelajar yang mendapat mumtaz 10 mata pelajaran itu adalah Ahmad Mustafid bin Ismail, Putri Aminah binti Mohd Hanif dari Maahad Muhammadi Pasir Mas, dan Nurul Fatihah bint Mohamed dari Maahad Amir Indera Petra.

Majlis pengumuman keputusan STAM sekolah Yayasan Islam Kelantan telah disempurnakan oleh YB Hj. Kamaruzzaman b Mohamad, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi  Negeri Kelantan.

23

4           5   

 

 

 

6

 

Kompleks Pentadbiran YIK Tunjong, 27 Feb 2024 - Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Hj. Nik Mohd Hasanuddin b. Nik Hussain menyampaikan amanat bersempena dengan pembukaan sesi pengajian baru 2024/2025 kepada semua Pengetua dan Guru Besar YIK.

Amanat Pengarah pada tahun ini diadakan dengan pendekatan yang berbeza tidak sebagaimana sebelum ini, di mana telah diadakan di Dewan Besar YIK yang baru sahaja selesai pembinaan pada Disember tahun lalu, manakala taklimat bahagian pula dirangkumkan sepenuhnya dalam ucapan Pengarah yang dipancarkan terus secara infografik.

Pengarah YIK dalam ucapannya mengharapkan agar semua pengetua mengambil tanggungjawab serius membangunkan sekolah dan berusaha meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah pelajar melalui buku Manual Pengurusan Sekolah yang telahpun diedarkan.

Pengetua juga perlu sentiasa peka dengan perkembangan pendidikan semasa dan segera mengambil tindakan susulan bagi memastikan pelajar Yayasan Islam Kelantan sentiasa berada di hadapan dan menjuarai semua bidang samada Tahfiz, Agama, Sains dan Teknologi.

Hadir sama dalam majis berkenaan, Encik Nik Mahmud b Nik Jaafar, Timbalan Pengarah Pengurusan, Hj. Che Kamarudin Kamel b. Che Muhammad, Timbalan Pengarah Sekolah, Hj. Mohd Zaki b. Deraman, Timbalan Pengarah Akademik dan Hj. Sukeri Hussin, Timbalan Pengarah Kenaziran.

Gambar-gambar Anugerah Penarafan Standard e-Naziran dan saguhati disini: https://drive.google.com/drive/folders/1nnJHymrTkv8FtcRvHQ0gS2u4otEZ6X6A?usp=sharing

Kota Bharu, 7 Jan 2024- YABrs. Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Haji Nik Mohd Hasanuddin bin Nik Hussain mengadakan lawatan kerja ke Maahad Muhammadi Perempuan untuk meninjau lebih dekat perkembangan pendidikan dan mengadakan perbincangan dengan pentadbir sekolah.

Dalam lawatan kerja berkenaan, Pengarah YIK dibawa melawat asrama pelajar bangunan kayu yang pernah mendapat perhatian warganet tahun lepas kerana kurang kemudahan berbanding dengan asrama yang lain.

Selain itu beliau turut meninjau tapak cadangan pembinaan dewan terbuka untuk kemudahan aktiviti pelajar yang boleh menampun pelajar sehingga 1000 orang.

Dalam ucapannya YABrs Pengarah berharap agar pihak sekolah dapat memberi perhatian kepada keceriaan dan kekemasan untuk memberi keselesaan kepada pelajar khususnya penghuni asrama.

Pihak sekolah juga perlu sentiasa meningkatkan usaha dalam pencapaian akademik pelajar agar lebih cemerlang dengan persaingan sengit dari Maahad Sains Tok Guru Pengkalan Chepa dan juga Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu.

Kerjasama dan penglibatan semua guru dalam menjayakan agenda sekolah merupakan penanda aras terpenting untuk memacu kecemerlangan sekolah pada masa akan datang.

Kunjungan pertama pada tahun 2024 ini turut disertai oleh timbalan-timbalan pengarah, penolong-penolong pengarah dan pegawai-pegawai Yayasan Islam Kelantan.

Hotel Grand Riverview Kota Bharu, 20 Disember 2023– Seramai 707 guru cemerlang mata pelajaran telah diraikan dalam satu Majlis Apresiasi Guru Terbaik Mata Pelajaran Peperiksaan SMU/ SMTQ/ SMU (DINI)/ STUP/ SPM/ STAM TAHUN 2022 yang telah diadakan di Hotel Grand Riverview pada 20 Disember 2023.

Majlis Apresiasi ini diadakan bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada guru-guru terbaik mata pelajaran yang mencapai peratus kelulusan 100% dalam peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU), Sijil Menengah Tahfiz Al Quran (SMTQ), Sijil Menengah Ugama (Dini), Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2022.

Selain daripada itu, majlis apresiasi ini juga turut memberi penghargaan kepada guru-guru sekolah swasta yang menyertai peperiksaan awam kelolaan Lembaga Peperiksaan Yayasan Islam Kelantan sama ada sekolah swasta dalam negeri, luar negeri dan luar negara (Kemboja).

Majlis berkenaan telah dirasmikan oleh YB Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan. Beliau turut menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada 707 orang guru cemerlang.

Semoga penghargaan ini dapat memberi motivasi untuk terus mempertingkatkan mutu dan kualiti pengajaran  ke arah perkhidmatan yang lebih cemerlang.

Gambar-gambar majlis dan para penerima boleh diakses di sini:

20231220 Majlis Apresiasi Guru Terbaik Mata Pelajaran Peperiksaan SMU SMTQ SMU DINI STUP SPM STAM TAHUN 2022 (Hotel Grand Riverview) - Google Drive

Pengkalan Chepa: 28 Nov – Yayasan Islam Kelantan menganjurkan Majlis Sambutan Tiga Dekad Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Di Negeri Kelantan dan Pengisytiharan Penubuhan Maahad Tahfiz Di Jajahan Kuala Krai dan Jajahan Gua Musang di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan pada 28 November 2023.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan sempena tiga puluh tahun penubuhan Maahad Tahfiz Al-Quran Pulai Chondong yang telah mengubah wajah pendidikan tahfiz di Malaysia. Pengisytiharan Penubuhan Maahad Tahfiz di Jajahan Kuala Krai dan Jajahan Gua Musang turut diisytiharkan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan.

Majlis Sambutan Tiga Dekad ini dimulakan dengan pembentangan pertama iaitu Maahad Tahfiz Al-Quran Pulai Chondong Pencetus Reformasi Pendidikan Tahfiz Integrasi oleh Prof Madya Dr. Nik Md Saiful Azizi Bin Nik Abdullah, Pensyarah Kuliah Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Seterusnya, pembentangan kedua yang bertajuk Prospek dan Potensi Pendidikan Tahfiz Al-Quran Dalam Arus Moden oleh Dr. Muhammad Faizal bin Tahiruddin, Rektor Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan (IKDAR).

Turut hadir memeriahkan majlis, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan, YB Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi dan YABrs Tuan Haji Nik Mohd Hasanuddin bin Nik Hussain, Pengarah Yayasan Islam Kelantan. Majlis turut disertai oleh pegawai dan kakitangan Yayasan Islam Kelantan dan pengetua-pengetua serta pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 05 Mei 2024.
© Yayasan Islam Kelantan 2024

Search

KELGOV PPST
Penerbitan YIK
Arkib

Dasar Privasi