Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Kuala Lumpur: 22-24 Sep – Seramai 48 pelajar Yayasan Islam Kelantan telah mewakili kontinjen Negeri Kelantan di dalam program Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) peringkat kebangsaan kali ke-9 yang telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMAMAIWP) pada 22-24 September 2023.

Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) sudah melangkah kali yang ke-9 pada tahun 2023, dan telah bermula sejak tahun 2014 dengan penggiliran tuan rumah mengikut pusingan. Pada tahun ini, program diadakan di Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Cheras pada 22-24 September 2023. Pada tahun lepas, MIISMAM telah diadakan di Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah dengan menyaksikan Kelantan dinobatkan sebagai johan keseluruhan.

Pada edisi kali ini, kontinjen Negeri Kelantan telah memperoleh johan dalam acara bacaan kitab turath (lelaki) dan acara syarahan Bahasa Inggeris (perempuan). Manakala acara menulis khat (lelaki) mendapat naib johan. Tempat ketiga diperolehi melalui acara syarahan Bahasa Arab (perempuan).

Majlis Perasmian Penutup MIISMAM telah disempurnakan pada tengah hari Ahad oleh YB. Senator Dato’Setia Dr. Haji Naim bin Haji Mokhtar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir iaitu YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusof, Ketua Pengarah JAKIM, YABrs Tuan Haji Nik Mohd Hasanuddin bin Nik Hussain, Pengarah Yayasan Islam Kelantan, YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Pengarah-Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri serta dif-dif kehormat.

Timbalan Pengarah Sekolah, Tuan Haji Che Kamarudin Kamel bin Che Muhammad selaku Ketua Kontinjen MIISMAM 2023 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua kontinjen Negeri Kelantan di atas kesungguhan yang ditunjukkan pada program MIISMAM kali ini. Walaupun tidak mendapat johan keseluruhan, beliau berharap kegagalan kali ini dapat dijadikan iktibar dan menjadi pencetus semangat untuk meningkatkan lagi usaha para kontinjen dan jurulatih untuk memperoleh johan dalam setiap acara dan seterusnya menjadi johan keseluruhan di MIISMAM yang akan datang.

Berikut adalah senarai Kontinjen mewakili Negeri Kelantan yang menjadi johan, tempat kedua dan ketiga di dalam program MIISMAM:

Johan

  1. Abdul Halim bin Roslan – Kitab Turath
  2. Nik Nasreen Insyirah binti Nik Annuar Fathi – Syarahan Bahasa Inggeris (Perempuan)

20230922 MIISMAM D20230922 MIISMAM B

Naib Johan

  1. Nik Abdul Majid bin Nik Rahman Zaki – Khat (Lelaki)

20230922 miismam c

Tempat Ketiga

  1. Iman binti Adil – Syarahan Bahasa Arab (Perempuan)

20230922 MIISMAM A

Penyertaan yang lain adalah seperti:

-Tilawah (Lelaki)

-Tilawah (Perempuan)

-Hafazan (Lelaki)

-Hafazan (Perempuan)

-Syarahan Bahasa Melayu (Lelaki)

-Syarahan Bahasa Melayu (Perempuan)

-Syarahan Bahasa Inggeris (Lelaki)

-Syarahan Bahasa Arab (Lelaki)

-Khat (Perempuan)

-Kuiz Dini

-Bahas Ala Parlimen

-Kitabul Maqal (Lelaki)

-Kitabul Maqal (Perempuan)

-Nasyid (Lelaki)

-Nasyid (Perempuan)

Kuantan: Kontinjen Negeri Kelantan telah berjaya merangkul Naib Johan dalam edisi Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) yang ke 22 di Kampus Universiti Malaysia Pahang, Gambang dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan Pahang pada 4-8 September 2023. Johan Keseluruhan pada kali ini ialah dari Kontinjen Negeri Terengganu.

Kontinjen Negeri Kelantan memperolehi pingat emas melalui acara ibu segala pingat iaitu bola sepak serta bola tampar (lelaki) dan badminton (perempuan). Manakala bola tampar (perempuan) dan badminton (lelaki) mendapat pingat perak. Pingat gangsa diperolehi melalui acara ping pong (perempuan) dan sepak takraw. Manakala ping pong (lelaki) dan bola jaring mendapat saguhati.

Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) sudah melangkah kali yang ke-22 pada tahun 2023, dan telah bermula sejak tahun 2000 dengan penggiliran tuan rumah mengikut pusingan. Pada tahun ini, Kejohanan diadakan di Kampus Universiti Malaysia Pahang, Gambang dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan Pahang pada 4-8 September 2023. Pada tahun lepas, KESSUMA telah diadakan di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dengan menyaksikan Kelantan dinobatkan sebagai johan keseluruhan.

Majlis Perasmian Penutupan KESSUMA telah disempurnakan pada malam ini oleh YB Encik Fadzli bin Mohd Kamal, Exco Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan Dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang yang menjadi wakil rasmi kepada YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail.

Turut hadir ke Majlis Perasmian Penutup KESSUMA 2023 iaitu YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM, Yang Hormat Dato’ Dr Haji Zulkifle bin Haji Ali Al-Hafiz, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Pahang, YABrs Tuan Haji Nik Mohd Hasanuddin bin Nik Hussain, Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Pengarah-Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri serta dif-dif kehormat.

Timbalan Pengarah Sekolah Tuan Haji Che Kamarudin Kamel Bin Che Muhammad selaku Ketua Kontinjen KESSUMA 2023 mewakili Kontinjen Negeri Kelantan untuk menerima piala naib johan di atas pentas.

Penolong Pengarah Ko-Kurikulum Tuan Haji Azman bin Hussin turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua atlet kontinjen negeri Kelantan di atas menunjukkan kesungguhan pada temasya kali ini. Beliau berharap kejayaan naib johan tahun ini dan johan pada tahun lepas menjadi pencetus semangat kepada atlet dan kontinjen pada masa hadapan untuk terus merakamkan kejayaan yang akan datang.

 

Kota Bharu: Pengarah Yayasan Islam Kelantan,YABrs. Tuan Haji Nik Hasanuddin bin Nik Hussain serta rombongan  YIK telah mengadakan kunjungan ke Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) pada 24 Ogos 2023.

Kunjungan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran secara lebih jelas tentang pelaksanaan Pematuhan Standard Akaunting System For Government Agencies (Sistem Perakaunan Standard Bagi Agensi Kerajaan) yang telah dilaksanakan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

MAIK telah diberikan pengiktirafan Pematuhan SAGA bagi Sistem Kewangan dan Perakaunan pada 29 November 2022.

Pasukan pembentang bagi Kewangan MAIK diketuai oleh Yang Berusaha Puan Nik Aziah binti Daud, Akauntan MAIK. Sementara pasukan dari Unit Teknologi Maklumat MAIK pula diketuai oleh Yang Berusaha Puan Marziati binti Yusoff selaku Pegawai Unit Teknologi Maklumat MAIK.

Untuk makluman, SAGA merangkumi sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang dibangunkan atau Commercial Off-The-Shelf (COTS) serta sistem sokongan berkaitan data kewangan yang berintegrasi dengannya. Sistem aplikasi tersebut perlu mematuhi reka bentuk sistem aplikasi perakaunan dan kewangan yang diluluskan oleh JANM dan Kriteria Pematuhan SAGA. 

Hadir dalam kunjungan berkenaan Timbalan Pengarah Pengurusan, Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan, Penolong Pengarah Sumber Manusia, Akauntan, Pegawai Teknologi Maklumat dan beberapa penolong pegawai dari unit Kewangan, Teknologi Maklumat dan Khidmat Pengurusan.

Calon berdaftar peperiksaan awam kelolaan Lembaga Peperiksaan Yayasan Islam Kelantan tahun 2022 seramai 6,447 orang calon. Daripada jumlah tersebut seramai 5,643 orang calon bagi Sijil Menengah Ugama, 641 orang calon bagi Sijil Menengah Ugama (Dini), 109 orang calon bagi Sijil Menengah Tahfiz Al Quran dan 54 orang calon bagi peperiksaan Sijil Tinggi Ugama Pondok. 

Pelajar yang lulus dalam peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) pada tahun 2022 seramai 5808 orang atau 94.19 % daripada jumlah calon seramai 6166 orang iaitu lulus sekurang- kurangnya pangkat Maqbul (lulus) untuk 10 mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan tersebut. Keputusan menunjukkan peningkatan sebanyak 1.75%.

Pencapaian kecemerlangan pangkat Mumtaz (Cemerlang) seramai 934 calon berbanding 1437 calon pada tahun 2021.

Pencapaian pangkat Jayyid Jiddan seramai 1623 calon berbanding 1671 calon pada tahun 2021. Pencapaian pangkat Jayyid seramai 1695 calon berbanding 1859 calon pada tahun 2021 dan pencapaian pangkat Maqbul seramai 1556 calon berbanding 637 calon pada tahun 2021

Pencapaian terbaik 10 Mumtaz semua mata pelajaran seramai 90 orang manakala calon yang mendapat pencapaian pangkat Mumtaz seramai 934 orang. 

Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), Maahad Tahfiz Al Quran Darul Saadah Lilbanat memperolehi (GPS :1.19), Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah memperolehi (GPS :1.28) dan Maahad Sains Tok Guru memperolehi (GPS :1.30)

Keputusan ini menunjukkan peningkatan dalam peperiksaan SMU/SMU (Dini)/SMTQ sebanyak 1.75 % berbanding tahun 2021.

 Manakala bagi peperiksaan Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP), seramai 53 orang calon telah menduduki peperiksaan. Jumlah calon menurun seramai 04 orang berbanding tahun 2021 seramai 57 orang calon.

Pelajar yang lulus pada tahun 2022 ialah seramai 38 orang calon dengan peratus kelulusan penuh 71.70 % berbanding 66.67 % tahun 2021.

Pangkat 8 Mumtaz bagi semua mata pelajaran tiada seorang pun calon, manakala pangkat Mumtaz juga tiada seorang pun calon, pangkat Jayyid Jiddan seramai 09 orang, pangkat Jayyid seramai 13 orang dan dan pangkat maqbul seramai 16 orang.

Keputusan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 5.03 %  berbanding tahun 2021.

 

Slide8

 

 

Slide9

 

 

Slide10

 

 

Slide11

 

 

Slide12

 

 

Slide13

 

 

Slide14

 

 

Slide15

 

 

Slide16

 

 

Slide17

 

16 Mei 2023, Kompleks Pentadbiran YIK Tunjong - Yayasan Islam Kelantan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 16 Mei 2023 bertempat di Kompleks Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan Tunjong
YAB Dato' Bentara Kanan Menteri Besar Dato Haji Ahmad bin Yaakob turut menikmati juadah di majlis sambutan ini. Majlis diserikan jaudah hari raya dari gerai-gerai makanan yang disusun mengikut variasi menu berbeza.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pentadbir, kakitangan dan pengetua, selain bermaaf-maafan sesama mereka sempena Aidilfitri sambil menikmati pelbagai juadah enak yang disediakan.

Turut hadir memeriahkan majlis, YAB Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan, YB Dato' Haji Mohd Amar bin Abdullah,Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato' Dr. Mohamed Fadzli bin Dato' Haji Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan,Pengajian Tinggi,Sains dan Teknologi dan ahli-ahli Lembaga Yayasan Islam Kelantan. Majlis turut disertai oleh pegawai dan kakitangan kompleks dan pengetua-pengetua dari sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 05 Mei 2024.
© Yayasan Islam Kelantan 2024

Search

KELGOV PPST
Penerbitan YIK
Arkib

Dasar Privasi