Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Kompleks Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan, Tunjong: 3 Jan - Yayasan Islam Kelantan(YIK)  telah mengadakan Kursus Asas Kewartawanan kepada semua pemberita lapangan mewakili unit – unit dalaman di Ibu Pejabat YIK yang terdiri dari 23 orang kakitangan dan pegawai Yayasan Islam Kelantan.

Kursus sehari berkenaan telah di sampaikan oleh En. Nor Shayaumil Qhairil Eeman bin Muhammad Nor di Bilik Gerakan YIK. Beliau yang merupakan Guru KPM dan bertugas di sekolah kelolaan YIK juga merupakan wartawan sambilan kepada akhbar Berita Harian.

Timbalan Pengarah Kenaziran merangkap ketua editor buletin Suara YIK, YBrs Tn Haji Sukeri b. Hussin berharap agar para peserta mengambil manfaat dari pengalaman En. Nor Shayaumil  dan mengaplikasikan  teknik mengarang mengikut kaedah kewartawanan di dalam buletin akan datang. Majlis dirasmikan penutup oleh YBrs En. Mohd Khalis Syafiq b. Mohamad Nor, Timbalan Pengarah Pengurusan YIK.

Kota Bharu : 10 Dis – Team  A Yayasan Islam Kelantan (YIK) muncul juara dalam Kejohanan Badminton Piala Pengarah YIK yang berlangsung pada 10 Disember 2022 di Dewan Badminton KBBC, Kota Bharu, Kelantan. Kejohanan ini melibatkan penyertaan dari semua sekolah YIK mengikut zon masing-masing melibatkan 182 orang peserta.

Team A YIK yang diketuai oleh YM Tn. Hj. Engku Rajhan b Engku Ismail, Pengarah YIK menghadapi cabaran getir dari 14 pasukan (13 orang pemain setiap pasukan) mengikut kategori dan berjaya mengatasi halangan untuk meraih johan keseluruhan. Naib johan dimenangi oleh pasukan Pasir Mas manakala tempat ketiga bersama jatuh kepada pasukan Machang dan Rantau Panjang. Kejohanan kali ini menawarkan hadiah lebih istimewa berbanding dengan kejohanan yang diadakan sebelum ini, di mana johan akan membawa pulang sebuah piala pusingan dan wang tunai RM1,500.00, manakala naib johan menerima hadiah wang tunai RM1,000.00, tempat ketiga dan keempat pula masing-masing menerima wang tunai RM500.00. Team B YIK yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Kenaziran, Tn. Hj. Sukeri b Hussin tewas di peringkat kumpulan. Tn. Hj. Sukeri  menyatakan faktor kekalahan kerana team mereka kerana diundi bersama pasukan-pasukan handal dan digelar kumpulan maut.

Program riadah peringkat YIK ini yang bermula dari jam 8.30 pagi merupakan sebahagian dari aktiviti untuk merapatkan hubungan ukhuwah dan meningkatkan semangat kesukanan dalam kalangan pentadbir dan guru-guru, selain itu ia juga merupakan salah satu wasilah untuk mengekalkan kesihatan diri secara berkumpulan.

Terdahulu, YM Pengarah YIK dalam ucapan perasmiannya menaruh harapan yang tinggi agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dan menjadi platform untuk generasi muda dan generasi veteran saling kenal mengenali antara satu sama lain, selain itu beliau mengingatkan semua peserta dapat mematuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan SOP yang telah ditetapkan dan tidak terlalu leka dengan sedikit kelonggaran yang telah diberikan.

Sementara itu, pihak urus setia yang diwakili oleh Penolong Pengarah Kokurikulum, Tn. Hj. Azman b. Hussin berpuas hati dengan perjalanan kejohanan kali ini dan tahap pematuhan SOP yang baik dalam kalangan peserta. Beliau juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pasukan YIK yang bekerja keras untuk memastikan piala pusingan kejohanan kembali semula ke pangkuan Yayasan Islam Kelantan.

Pangkal Jenerih, Machang: 20 Sept – YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan, Hj. Engku Rajhan b. Engku Ismail telah menyempurnakan program Bumi Hijau di SMU(A) Al Hasaniah, Pangkal Jenerih. Program ini adalah bertujuan mewujudkan persekitaran sekolah yang mempunyai tumbuhan dan tanaman yang memberi manfaat pada masa akan datang. Dalam program berkenaan, YM Pengarah telah diberi penghormatan untuk menanam pokok durian kunyit dan juga nenas MD2 di Kawasan lapang berhampiran dengan padang permainan.

Pihak sekolah telah membuat persiapan dengan menyediakan khidmat nasihat dari Jabatan Pertanian peringkat daerah bagi memastikan langkah-langkah penanaman yang diambil menepati kaedah-kaedah yang digunakan diperingkat jabatan pertanian. YM Pengarah melahirkan rasa gembira dan berharap agar program seumpama ini dapat memberi kesedaran awal kepada pelajar-pelajar untuk memupuk semangat menghijaukan bumi dengan tanaman-tanaman yang bernilai tinggi. Beliau berharap pihak sekolah dapat menjaga dan tumbesaran pokok-pokok ini sehingga dapat mengeluarkan hasil pada suatu masa nanti.


Hadir sama dalam program berkenaan, Timbalan Pengarah Sekolah, Hj Che Kamarudin Kamel b. Che Muhammad, Timbalan Pengarah Akademik, Hj. Mohd Zaki b Deraman, Timbalan Pengarah Kenaziran, Hj. Sukeri b. Hussin, Penolong Pengarah Sumber Manusia, Hj. Jazlan b. Omar, Penolong Pengarah Khidmat Pengursan, Hajah Azah bt Abd Rahman, Penolong Pengarah Pembangunan, Encik Azri b. Ahmad Robert, Akauntan, En. Yulfaisal b Yusoff dan Pegawai Tenologi Maklumat, Encik Nik Ramzi Al Samadi b. Abd. Samad.

Kompleks Sukan USM, Pulau Pinang, - 16 Sept, Kontinjen Kelantan yang diwakili oleh Yayasan Islam Kelantan diumumkan sebagai Johan keseluruhan dalam Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) yang berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang.

KESSUMA kali ke-21 tahun 2022 ini, telah bermula sejak tahun 2000 yang diadakan di Kampus Universiti Utara Malaysia Sintok, Kedah, walaubagainmana pun kejohanan ini terhenti selama 2 tahun dan tidak diadakan akibat penularan pandemik COVID – 19.

Kontinjen Kelantan seramai 160 peserta diiringi oleh Ketua Kontinejan, Pengurus-pengurus Pasukan dan Jurulatih telah mengikuti kejohanan ini sepenuhnya bermula dari 13 hingga 16 September 2022.
Ini merupakan kali ke 7 Kontinjen YIK meraih johan keseluruhan, iaitu pada tahun 2003 di Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Telekom Taiping, kemudian pada tahun 2008 di Kampus UITM Sri Iskandar, kali ketiga pada tahun 2011 manakala kali keempat pada tahun 2012 yang berlangsung di Pulau Pinang, kelima tahun 2015 di Bandar Penawar Johor, manakala kali keenam pada tahun 2017 di Kompleks Sukan USM Kubang Kerian.

Kontinjen Kelantan memenangi Johan dalam acara bola sepak, bola tampar lelaki dan ping pong lelaki,Naib Johan dalam acara bola tampar perempuan dan menduduki tempat ketiga dalam acara badminton perempuan.Piala pusingan KESSUMA telah disampaikan oleh YB. Senator Ustaz Datuk Hj. Idris bin Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kepada Ketua Kontinjen YIK, Tn Hj. Che Kamarudin Kamel b. Che Muhammad, Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah. Hadir sama dalam majlis penyampaian berkenaan, Datuk Hajah Hakimah bt Mohd Yusoff Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kompleks Pentadbiran YIK, Tunjong: 09 Ogos : Keputusan peperiksaan SMU/SMTQ/SMU(DINI)/STUP YIK tahun 2021 untuk keseluruhan sekolah-sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan telah diumumkan oleh Yb. Ustaz Azhar Bin Salleh merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Kerajaan Negeri Kelantan.

Calon berdaftar peperiksaan awam kelolaan Lembaga Peperiksaan Yayasan Islam Kelantan tahun 2021 seramai 6,477 orang calon. Daripada jumlah tersebut seramai 5,690 orang calon bagi Sijil Menengah Ugama, 609 orang calon bagi Sijil Menengah Ugama (Dini), 113 orang calon bagi Sijil Menengah Tahfiz Al Quran dan 65 orang calon bagi peperiksaan Sijil Tinggi Ugama Pondok.

Pelajar yang lulus dalam peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) pada tahun 2021 seramai 5604 orang atau 92.44 % daripada jumlah calon seramai 6062 orang iaitu lulus sekurang- kurangnya pangkat Maqbul (lulus) untuk 10 mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan tersebut. Keputusan menunjukkan penurunan sebanyak 4.06%.

Pencapaian kecemerlangan pangkat Mumtaz (Cemerlang) seramai 1437 calon berbanding 1769 calon pada tahun 2020. Pencapaian pangkat Jayyid Jiddan seramai 1671 calon berbanding 1778 calon pada tahun 2020. Pencapaian pangkat Jayyid seramai 1859 calon berbanding 1566 calon pada tahun 2020 dan pencapaian pangkat Maqbul seramai 637 calon berbanding 488 calon pada tahun 2020

Pencapaian terbaik 10 Mumtaz semua mata pelajaran seramai 412 orang manakala calon yang mendapat pencapaian pangkat Mumtaz seramai 1437 orang.

Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS), Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulai Chondong memperolehi (GPS :1.03), Maahad Sains Tok Guru memperolehi (GPS :1.10) dan Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah memperolehi (GPS :1.16)

Keputusan ini menunjukkan penurunan dalam peperiksaan SMU/SMU (Dini)/SMTQ sebanyak 4.06 % berbanding tahun 2020.

Manakala bagi peperiksaan Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP), seramai 57 orang calon telah menduduki peperiksaan. Jumlah calon meningkat seramai 14 orang berbanding tahun 2020 seramai 43 orang calon. Pelajar yang lulus pada tahun 2021 ialah seramai 38 orang calon dengan peratus kelulusan penuh 66.67 % berbanding 60.46 % tahun 2020.

Pencapaian terbaik 8 Mumtaz bagi semua mata pelajaran seramai 0 orang, manakala pencapaian kecemerlangan pangkat Mumtaz seramai 04, pangkat Jayyid Jiddan seramai 14, pangkat Jayyid seramai 16 dan dan pangkat maqbul seramai 04 orang. Keputusan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 6.21 % berbanding tahun 2020.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Kerajaan Negeri Kelantan mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam melakar kecemerlangan akademik ini terutamanya para guru, ibu bapa dan pelajar serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas usaha yang berterusan membangun dan memajukan sistem pendidikan di negeri ini.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 05 Mei 2024.
© Yayasan Islam Kelantan 2024

Search

KELGOV PPST
Penerbitan YIK
Arkib

Dasar Privasi