Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+
1. Bagaimana saya ingin memohon kerja di Yayasan Islam Kelantan?

Sistem Bank Resume YIK diwujudkan untuk memudahkan calon yang berhasrat untuk berkhidmat dengan Yayasan Islam Kelantan meletakkan resume secara atas talian. Sistem ini mula dibuka pada 1 Mei 2021 dan akan ditutup pada 31 Mei 2022. Mana-mana yang pemohon yang pernah mengisi di dalam sistem ini sebelum 1 Mei 2021, perlu mengisi semula jika masih berminat untuk meletakkan resume secara atas talian di Bank Resume YIK

Pemohon-Pemohon yang telah berdaftar dengan Sistem Bank Resume akan disaring dan dipilih mengikut keperluan iaitu sekiranya terdapat kekosongan jawatan yang dipohon; dan memenuhi syarat kelayakan perkhidmatan jawatan yang dipohon. 

Sistem ini memerlukan pemohon untuk mengisi maklumat mengenai diri anda di beberapa seksyen. Antara seksyen yang perlu dilengkapkan adalah :-

1. Maklumat Diri
2. Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit hendaklah tepat dan 1 nombor telefon sahaja digunakan.
3. Maklumat Akademik 
4. Maklumat Ko-Kurikulum
5. Pengalaman Kerja
6. Rujukan

Sila pastikan resume dikemaskini dari masa ke semasa sekiranya terdapat perubahan maklumat peribadi. 

Semua data permohonan yang berada di dalam Bank Data Yayasan Islam Kelantan akan dilupuskan selepas 31 Mei 2022. Hanya calon yang berjaya sahaja akan dihubungi dan permohonan adalah dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas daripada YIK setelah Ujian Kelayakan Pendidik YIK dijalankan.

Untuk mengelak sebarang ralat dan kesilapan, sila isi melalui komputer. 

Pengisian resume ke Bank Resume YIK boleh diisi melalui pautan di bawah.

Butang Pengisian

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 05 Mei 2024.
© Yayasan Islam Kelantan 2024

Search

KELGOV PPST
Penerbitan YIK
Arkib

Dasar Privasi