Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

ANUGERAH KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN 2022 SUMBANGAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN

1. KELAYAKAN MEMOHON

1.1 Mencapai keputusan seperti berikut:

1.1.1 SPM 2022 (minimum 9A)

1.1.2 STAM 2022  (pangkat Mumtaz

1.1.3 STPM 2022 (minimum 4A)

1.2 Anak kelahiran Kelantan yang menduduki peperiksaan di mana-mana pusat peperiksaan di negeri Kelantan dan di luar negeri Kelantan.

1.3 Anak bukan kelahiran Kelantan yang menduduki peperiksaan di mana-mana pusat peperiksaan di negeri Kelantan.

2. BORANG PERMOHONAN

  1. 2.1  Mula dibuka pada 12 JULAI 2023 (Rabu) dan sila dapatkan di:

  2. 2.1.1 Pejabat Yayasan Islam Kelantan (YIK- Kaunter Khidmat Pelanggan)

  3. 2.1.2 Muat turun di Fb dan laman sesawang YIK (https://www.yik.edu.my)

  4. 2.2  Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke:

    Kompleks Pentadbiran Yayasan Islam Kelantan, Peti Surat 248, Lebuhraya Tunjong-Pasir Mas, 16010 Kota Bharu,
    Kelantan.
    (Kaunter Khidmat Pelanggan)
    Tel: 09-8648044

2.3 Tarikh akhir penyerahan borang ialah pada 24 JULAI 2023 (Isnin) jam 12.30 tengah

hari.

2.4 Borang yang dikembalikan hendaklah dikepilkan:
2.4.1 Sijil Asal Peperiksaan (ditunjukkan semasa penyerahan borang).
2.4.2 Salinan Sijil Peperiksaan yang disahkan.
2.4.3 Salinan Kad Pengenalan yang disahkan.
2.4.4 Salinan Surat Beranak ibu/bapa bagi pemohon luar Kelantan yang disahkan.

3. “ANAK KELAHIRAN KELANTAN”- KELANTAN LAND ENACMENT NO. 26-1938.

“Anak Kelahiran Kelantan” bermaksud seseorang yang berada dalam salah satu dari

pengkelasan-pengkelasan di bawah:

3.1 Sesiapa sahaja yang lahir di Kelantan di mana bapanya adalah seorang Melayu.

3.2 Sesiapa sahaja yang lahir di Kelantan di mana ibunya seorang Melayu dan bapanya seorang Islam.

3.3 Sesiapa sahaja walaupun di mana ia dilahirkan yang bapanya lahir di Kelantan.

3.4 Sesiapa sahaja walaupun di mana ia dilahirkan di mana kedua-dua ibu dan bapanya adalah berbangsa Melayu dan tinggal bermastautin di Kelantan untuk sekurang kurangnya selama15 tahun.

3.5 Sesiapa sahaja yang lahir di Kelantan di mana bapanya juga dilahirkan di Kelantan.

 

Sila download borang permohonan di

 

siaran iklan anugerah kecemerlangan peperiksaan2022 kelantan

 

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 05 Mei 2024.
© Yayasan Islam Kelantan 2024

Search

Senarai Sekolah-Sekolah Di Bawah Kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK)
KELGOV PPST
Penerbitan YIK
Arkib

Dasar Privasi