Warna 1   Warna 2   Warna 3      
msen
A- A A+

Apa perbezaan Maahad Tahfiz Wal-Qira'at, Maahad Tahfiz Sains, Maahad Sains Tok Guru, Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Lilbanat dan Maahad Muhammadi?

Yayasan Islam Kelantan (YIK) menawarkan:

1) Maahad Tahfiz Wal Qira'at dengan kurikulum YIK yang menggabungkan Kurikulum Kebangsaan, Kurikulum Tahfiz dan Qira'at (30 juz hafazan). Berasrama penuh di Pulai Chondong dengan yuran bulanan : RM300.

2) Maahad Tahfiz Sains (aliran Sains Tulen) menawarkan pengajian berasaskan Kurikulum Kebangsaan dan Kurikulum Azhari (Maahad Bu'uth Azhar) beserta hafazan 30 juz. Berasrama penuh dengan yuran bulanan: RM300. Pengambilan untuk pelajar lelaki (Kok Lanas) dan perempuan (Tanah Merah).

3) Maahad Tahfiz Sains (aliran Sains Tulen dan bahasa Mandarin) menawarkan pengajian berasaskan Kurikulum Kebangsaan dan Kurikulum Azhari (Maahad Bu'uth Azhar) beserta hafazan 30 juz. Berasrama penuh dengan yuran bulanan: RM300. Pengambilan untuk pelajar lelaki di Tualang Tinggi Pasir Puteh. Sekolah ini menawarkan pengajian bahasa mandarin sebagai medium dakwah untuk menyemarakkan perkembangan Islam merentasi bangsa.

4) Maahad Sains Tok Guru adalah sekolah perintis YIK yang menggabungkan elemen tahfiz (5 juzuk), sains tulen, penguasaan bahasa Arab/Inggeris dan pengajian kitab turath (pondok) secara bersepadu. MSTG mengekalkan mata pelajaran teras berasaskan kurikulum arus perdana dan Maahad Bu'uth sebagaimana sekolah-sekolah YIK yang lain. Pendekatan program-program pembinaan jati diri, penguasaan bahasa dan pemahaman kitab turath adalah antara yang berbeza dengan sekolah YIK sedia ada. Di samping itu pemilihan guru juga antara yang terpilih dan mampu merealisasikan hasrat berkenaan. Berasrama penuh di Pengkalan Chepa dengan yuran bulanan: RM350.

5) Maahad Muhammadi pula menggunakan Kurikulum Kebangsaan dan Kurikulum Azhari (Maahad Bu'uth Azhar) dalam aliran Sains Tulen dan Sastera. Pengambilan untuk pelajar lelaki di Maahad Muhammadi Lelaki dan perempuan di Maahad Muhammadi Perempuan.

6) Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Saadah Lilbanat(Perempuan) menawarkan pengajian berasaskan Kurikulum Kebangsaan dan Kurikulum Azhari (Maahad Bu'uth Azhar) beserta hafazan 30 juz. Selain itu, sekolah ini juga menawarkan elemen kemahiran jahitan dan kulinari. Berasrama penuh bertapak di Beta Hulu, Ketereh Kota Bharu dengan yuran bulanan: RM350.

BERHUBUNGI DENGAN KAMI

FacebookTwitterFlickrYoutube

PENAFIAN:

Yayasan Islam Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

KEMASKINI PORTAL

  • Dikemaskinikan pada : 05 Mei 2024.
© Yayasan Islam Kelantan 2024

Search

Senarai Sekolah-Sekolah Di Bawah Kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK)
KELGOV PPST
Penerbitan YIK
Arkib

Dasar Privasi